Takziah Untuk Perdana Menteri Kita..........
askum....... Saya disini ingin mengambil kesempatan mengucapkan Takziah kepada PM kita- Pak Lah atas pemergian isteri tercinta Datin Seri Endon Mahmood ke rahmatullah pada 20 Oktober 2005. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.50 pagi kelmarin di depan keluarga, selepas 18 hari pulang daripada menjalani rawatan kanser yang dihadapinya sejak lebih tiga tahun lalu, di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Marilah kita bersama² sedekahkan al-Fatihah agar rohnya dicucuri rahmat yang Esa...Amin....

